Saturday 26 March 2011

Earth Hour 2011

Dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Sekali-sekala, diselangi dengan kilat dan guruh. Lalu terlintas didalam benak fikiranku >> harap-harap sempat la post entri ni. Manalah taukan, tiba-tiba letrik terpadam dek kilat di luar tuh.. Dalam Nas sedang asyik tengah menaip entri ni, guruh semakin kuat, kilat semakin terang memancar-mancar di jendela..  Tap!! Aku berada di dalam kegelapan bersuluhkan sedikit cahaya pada laptop. Fuhh, nasiblah laptop ni masih hidup dengan bantuan bateri. Tapi, apa yang berlaku? Earth Hour dah start ke?? Tapi sapa yang tutup lampu? Takkan lah Earth Hour punya pasal, seluruh bekalan letrik dipadamkan? Hmmm.. tak sempat jugaklah nak post entri ni malam ni setelah Wifi dirumahku turut serta dalam menjoin barang letrik yang lain untuk mematikan diri sendiri. Akhirnya dapat jugaklah post entri ni pada 12jam kemudian setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan. Hehehe... Merapu lah pulak.. Apepun, dalam beberapa jam je lagi nih, Take Roll!! Haha..


Inilah logo rasmi 60 minit bersama Earth Hour


Pada Jam 8:30, Sabtu 26 Mac 2011, lampu akan dipadamkan di seluruh dunia untuk menyokong Earth Hour. Dengan Earth Hour yang akan berlangsung malam ini, fikiran kita adalah dengan rakyat Jepun selama ini sangat mencabar dengan keadaan menyedihkan di negara mereka setelah kejadian gempa bumi dan tsunami serta beberapa letupan loji nuklear. 

Marilah bersama dalam Perayaan Antarabangsa yang menyatukan kita semua - Planet kehidupan kita. Marilah menyokong Earth Hour dan melihat langkah-langkah untuk "Dancing in the Dark" untuk Earth Hour di Sunway Pyramid pada 26 Mac 2011 pukul 8:30-21:30. Atau mungkin korang juga ingin menonton video dan bergabung menari bersama-sama!


****    ****    ****

Lihat jugak dan klik kat sini >> http://says.my/evonas/livegreen-wwf2



****    ****    ****

Tengok, Google pon join Earth Hour

Mari kita lihat sejarah Earth Hour


Earth Hour bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia ketika 2,2 juta orang dan lebih dari 2000 perniagaan mereka memadamkan lampu selama satu jam untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim. Hanya satu tahun kemudian dan Earth Hour telah menjadi sebuah gerakan antarabangsa dengan lebih daripada 50 juta orang di 35 negara / wilayah yang menyertai. Landmark Antarabangsa seperti Sydney Harbour Bridge, CN Tower di Toronto, Golden Gate Bridge di San Francisco, dan Colosseum Rom, semuanya berdiri dalam kegelapan, sebagai simbol harapan untuk menjayakan Earth Hour. 

Pada Mac 2009, beratus-ratus juta penduduk mengambil bahagian dalam Earth Hour ketiga. Lebih dari 4000 bandar di 88 negara / wilayah rasmi mewartakan janji sokongan mereka terhadap planet ini, membuat Earth Hour 2009 sebagai iklim yang terbesar di dunia dalam inisiatif perubahan global. 

Pada Sabtu 27 Mac, Earth Hour 2010 menjadi Earth Hour terbesar yang pernah diadakan. Sebuah catatan 128 negara dan wilayah bergabung dengan paparan aksi iklim global. Bangunan Ikon dan Mercu Tanda dari Asia Pasifik ke Eropah dan Afrika ke Amerika dipadamkan. Penduduk di seluruh dunia dari semua lapisan masyarakat memadamkan lampu mereka dan datang bersama dalam perayaan - bumi kita. 

Earth Hour 2011 akan berlangsung pada Sabtu 26 Mac jam 08:30 (waktu setempat). Marilah kita bersama mengorak langkah untuk menjayakan Earth 2011!




Dah tengok sume dah? klik sini pulak TQ ;) >> http://says.my/evonas/livegreen-wwf2
read more

Keburukan Kacang Soya

Ingin tahu kandungan sebenar kacang soya? Korang dinasihatkan supaya membaca artikel ini sampai habis kerana terdapat juga produk berasaskan soya adalah selamat setelah menjalani proses tertentu.


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan sebagainya. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik kurang diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni kami nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah antara keburukan kacang soya :

1. Tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. Akibatnya, zat  makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

2. Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya? Hmm.. entah ke mana.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). 
Tambahan pula, toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas. Malang sekali, disebabkan unsur antizat yang terdapat pada soya. Sesetengah pengeluar hasil soya membasuh soya dengan asid di dalam tangki aluminium untuk mamastikan antizat tu hilang!

6. Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk, tahu??

7. Mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan).

Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!


Memang benar soya juga mempunyai kebaikannya. Tetapi, ada caranya untuk mendapatkan khasiatnya itu. Berikut adalah antara kandungan soya yang membawa kebaikan.

1. Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.

2. Selain itu, soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone pula merupakan komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan mudah dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

3. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian (fermentation process). Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Untuk pengetahuan kita semua, yahudi juga mengwar-warkan kebaikan minum soya kerana USA merupakan pengeluar terbesar soya. Secara kesimpulannya, mereka bukan sahaja melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

Artikel ini adalah bahagian ke-6 (terakhir) dalam Siri Pembohongan Yahudi yang pertama (macamlah ade yang ke-2). Hehe... Fakta-fakta yang telah disembunyikan oleh musuh Islam telah kami sampaikan. Selebihnya, kami tidak memaksa korang percaya. Tepuk dada, tanya iman. :)  Trimas kerana sudi baca dan share kepada kengkawan yang sedang berfacebooking dan bertweet-tweet tuh. Kepada korang yang belum baca lagi lima bahagian yang lain tu, klik je link di bawah. :-

Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Jom Klik Share... (^_^) 
>> by Naslive Pages <<
read more

Wednesday 16 March 2011

Fakta menarik minuman Coke

Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini ....

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Alaa.., macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka gunakannya?

Korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat. Hehe...

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! (Macam Keluarga 69).

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! haha...

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas-pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?

Satu lagi simptom terbaru bila korang minum coke ialah korang akan mengeluarkan bunyi brrrrr... secara tiba-tiba sambil badan menggeletar. Hehehe... Jom kita lihat Artikel lain yang berkaitan :-

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● 


Jom Klik Share... (^_^) 
>> by Naslive Pages <<
read more

Sunday 13 March 2011

Keburukan Makanan Fast Food dan Mee Segera

Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera. Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera.

Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana, terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya.

Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak. Lapisan minyak ini akan mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat.

Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.

Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu makan. Kemudian akhirnya menderita kanser.

Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

Seterusnya, makanan segera juga mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak. Sampah di sini bukan bermaksud sampah yang dalam tong sampah tu ataupun sampah masyarakat, tetapi dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya sendiri.

P/s penaja: Kalau boleh, kurangkanlah makan makanan segera (fast food) ni. Sudah jelas keburukannya mengatasi kebaikannya. Mari kita lihat Artikel lain yang berkaitan :-

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● 


Jom Klik Share... (^_^) 
>> by Naslive Pages <<
read more

Thursday 10 March 2011

Khasiat dan kelebihan daging kambing

Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaek!


Kelebihan Daging Kambing
Senyum Kambing
 Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. 


Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.


Pengurai Kolestrol Tepu 

Segar punya
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. 

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja. 

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok . 


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti 

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. 

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. 

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung. 


Mencantikkan Kulit 

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. 

Mail: Sate-sate. 2 Singgit, 2 Singgit!!!
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. 

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.



Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan 

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. 

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Post akan datang: Tajuk menarik nih! Kita tengok pula apa akan jadi dengan penggemar mi segera dan coke... keep watching!! Jom kita lihat artikel lain yang berkaitan di bawah :-


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya


Jom Klik Share... (^_^) 
 >> by Naslive Pages <<
read more