Sunday, 1 October 2017

3 Amalan Mudah Pahala Melimpah Ruah


Dunia Dikejar, Akhirat Dicari. 3 Perkara Yang Boleh Korang Lakukan Untuk Dapat Pahala ‘Extra’ Di Akhirat Kelak. Korang ada amalkan 3 benda ni tak? Insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah.

Senang je untuk korang semua amalkan. 😉
 
Jom kita lihat - 3 Amalan Mudah Pahala Melimpah Ruah

Klik link diatas untuk lihat dan amalkan. Semoga bermanfaat dan saya doakan korang yang khusyuk sangat membaca ni kaya dan berjaya Dunia Akhirat!

#3 Paling Mudah


read more

Saturday, 23 September 2017

5 Manfaat Hebat Menyebabkan Ramai Orang Melabur

http://eriqnas.sharethisstory.net/my-1243134-11382?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

Bila nampak duit orang lain banyak, korang pasti tanya kenapa diorang macam ‘kaya cepat’. Padahal, taraf gaji korang sama je. Ada juga yang nak mula melabur tapi tak sure kalau ia idea yang bagus? 

Pentingkan masa depan? Ini 5 perkara bermanfaat yang menyebabkan ramai orang melabur. korang patut start jugak sekarang. Tak sabar nak kaya kan? Checklist ni mungkin membantu.

5 Manfaat Hebat Menyebabkan Ramai Orang Melabur


Klik link diatas untuk checklist. Semoga bermanfaat dan saya doakan korang yang khusyuk sangat membaca ni kaya dan berjaya Dunia Akhirat!
read more

Sunday, 17 September 2017

30 Fadhilat Dan Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad


Berselawatlah. Dengan ini dapat mendekatkan kita dengan rezeki yang tidak disangka-sangka, menjauhkan diri dari pelbagai masalah dan juga membuatkan kita terus dihormati.

1) Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda. - HR Muslim


2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, Insya'Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.


4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya'Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, Insya'Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya'Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya'Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.


11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13) Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat dia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.


15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, dia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.


25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, Insya'Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka dia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya. - HR Abu Naim.


30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, dia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat. - HR Thabrani


Berselawatlah. Semoga kita semua dan pembaca ini khususnya terus dikurniakan rezeki & kebahagiaan yang tidak pernah putus. Aamiin.
read more

Sunday, 15 September 2013

Pendedahan Cara Termudah Mencuri Telefon Bimbit !!

Gambar pencuri yang dikehendaki berlaku di Kuala Terengganu. 

TOLONG SEBAR / Share dan Tag rakan2 !! Pencuri Telefon Bimbit yang dikendaki !! Suspek orang melayu didapati berada di sekitar Kuala Terengganu dan licik melakukan kegiatan mencuri telefon bimbit di Pasaraya sekitar Kuala Terengganu. Kejadian terakhir berlaku di pasaraya Giant pada 12 September 2013 dan gelagatnya berjaya dirakam di CCTV premis tersebut. Dia juga didapati menjual telefon bimbit curi pada harga yang sangat rendah. Sesiapa yang mengenali orang tersebut sila hubungi IPD balai polis berdekatan atau hubungi 014-8019918 (Khairun).


Berikut adalah perbualan antara pencuri tersebut yang berjaya direkodkan oleh mangsa.

Pencuri: Ei, Lama tak nmpak.
Mangsa: Kenal ke?
Pencuri: Duduk kat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Oh, saya dekat Kg. ...... je..dekat la tu. Dah ni, belajar dekat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Ambil bahagian apa?
Mangsa: .......
Pencuri: Datang dengan siapa ni?
Mangsa: Kawan2..
Pencuri: Mana dia?
Mangsa: Ada tengah shopping2 kat dalam.
Pencuri: Saya kerja dekat hujung tu je..kedai jual telefon bimbit.
Mangsa: .......
Pencuri: Kalau nak telefon murah2 bagi taulah. Samsung Galaxy S4, Galaxy Note 2 kita bagi RM400 je, Minggu depan sampai stok baru kita ambiklah sebijik dua buat jual dekat member2. Ala, orang2 kampung kita bagi murah tu apalah sangat.
Mangsa: ....... (x berminat)
Pencuri: Memori kad pon ada. Nak berapa GB kita bagi RM15 je
Mangsa: ....... (berminat)
Pencuri: Jom la kita pergi dekat kedai sana.
* berjalan menuju kedai telefon bimbit tetapi dibawa ke bahagian belakang kedai tersebut
Pencuri: Erm..Bagi telefon dulu kita nak programkan memori kad baru dekat telefon ni.
Mangsa: Kena program jugak ke?
Pencuri: Susah sikit la sebab takut telefon tu tak boleh nak baca. Kalau pandai buat takpa.
Mangsa: ....... (Sambil menghulurkan telefon)
Pencuri: Memori kad lama pegang dulu. Erm..lambat sikit ni. Boleh tunggu tak 10 minit? Duit Stand by dulu. Tunggu dekat sini jangan pergi mana2 takut nanti bos saya nampak.
Mangsa: ....... (Setuju)
Pencuri: * Berjalan ke dalam dan berlagak seolah2 pelanggan di hadapan pekerja. (Sebenarnya dia bukanlah pekerja di kedai tersebut) Dan kemudian datang kembali untuk meminta duit baki.
Pencuri: Erm..mana duit tu? Kalau boleh bagi tepatlah sebab tidak ada duit baki nak bagi balik.
Mangsa: ....... (Menghulurkan duit)
* Setelah menerima duit, secara tiba2 ada orang menelefonnya dan berbual2 dahulu sehingga tamat.
Pencuri: Tunggu kejap ok? Err..kalau ada member2 nak telefon murah2 call la terus nak pergi ambil telefon kejap.
Mangsa: .......
* Selepas itu dia terus menghilangkan diri sambil melarikan telefon mangsa.


P/s: Semoga dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan mengembalikan barang curi tersebut.
read more

Wednesday, 11 September 2013

Spesifikasi Rasmi Model Apple iPhone 5S


Bersama-sama pengumuman iPhone 5C, pihak Apple juga turut sama memperkenalkan peranti utama mereka, iaitu telefon pintar iPhone 5S – didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu.


iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.



Disamping cip A7, pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan.


Apple juga turut mengatakan mereka memberikan perhatian yang amat baik untuk jangka hayat bateri, dimana kini ia bertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini.

Melalui iPhone 5S, Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.

iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.



Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat.

Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.

Dan akhir sekali, seperti diura-ura akan sebelum ini, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.

Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.



Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari, selain mana sistem pengimbas bertambah baik dengan kegunaan yang kerap.


Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama yang didatangkan dengan iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari dinamakan TouchID.



iPhone 5S akan ditawarkan di beberapa negara utama bermula 20 September ini, dan dijangka akan dijual di lebih 100 buah negara menjelang bulan Disember ini.




SUMBER: Amanz , TEcsacCHCRUNCH



>> Naslive Pages <<
read more