Saturday 31 December 2011

Real Education [Must Read]

To parents, educate your child the right way. What Nas share below, just a LITTLE summary of how they (the Jews) deceive us. To those who do not hold parents, educate people that are dear to the true Islamic way.

When you chance to educate your children,
You educate your child with a western education,
When your child can drink milk,
You give your child cow's milk.


When your child's mother should chew vegetables,
You give your child fast food vegetable,
When your kids need fresh meat,
Your give your child fast food.

When your child has to learn the letters ox,
You opens mind your child with writing rumi.
When your child should be educated with the story of the Prophet,
You opens your child's ear with twinkle2 little star?

When your child has to Islamic dress,
You give your child with jeans?
When your daughter must be pampered with a hood,
You opens dress your daughter in a skirt?

Tap the head ...
Larvae ear ...
Each of your actions ...
Certainly gave birth to what you've set ...

You must be questioned in the Hereafter ...
Educate your child with Islamic education ...
because Islam is very beautiful & easy ...
Life is temporary ...
why not let your child live in a way JEW?

Why educate your child ...
which finally ended with a eating SALARY?
EATING SALARY = not working out for, but pay heavy son.

Do not make your child the victim GOYYIM!
Goyyim = sacrifice to MIND CONTROL & living like robots.

Avoid your child involved with cartoons and movies.
Avoid your child see the social life today.

It's up to you ...
Your child is a white cloth,
It's the people who shape your child ...

Okey, Thanks for reading. 


>> for Naslive Pages << 
read more

Saturday 3 December 2011

Bukti Si Dia Cintakan Kita Kerana Allah

Apa Khabar korang semua? Harap semua baik yea? Hurm...lama sudah tak update blog nie. Lepas tu tetiba pulak update post jiwang ni apa mimpi? Hehe..takda lah saja je nak share kat korang..rindu kat korang la nie..!!haha... Nak tau tak hebatnya cinta si dia..?? Okeyla, Jom kita lihat Bukti Si DIA cintakan KITA kerana ALLAH SWT.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

~ Sweetbook Heart ~
Ramai yang terperangkap dengan cinta serta terpalit dengan noda dan fitnahnya Si Dia, iaitu ungkapan kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah!” Perkataan indah, tetapi disalah guna. Jantung berdegup laju dan tangan menjadi sejuk. Itulah tanda awal virus cinta sudah mula menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai. Jadi, apa yang harus dilakukan? Adakah ucapan tersebut adalah cinta dari Allah atau hanya jerangkap samar syaitan?
Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Dalam Islam, kita disuruh menilai kebenaran setiap khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan. Hal ini agar kita tidak tertipu dengan perangkap Iblis. Sebelum membuat keputusan, mari kita lihat dahulu kebenaran kalimah itu diucapkan iaitu: "Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT!" Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah SAW bersabda :  
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya) 

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi:
أحبك الله الذي أحببتني فيه
Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun, kita perlu meneliti adakah cinta yang dihulurkan itu rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah umpan dari syaitan.

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

5 Bukti Cinta kerana Allah

Tanda seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah. Jom kita lihat :-


1. DIA seorang yang amat mencintai ALLAH

Mustahil seseorang itu mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah. Cinta itu dibuktikan dengan si dia yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat. Rasulullah SAW bersabda :
“Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari) 
Lelaki yang benar-benar mahu mengenali wanita solehah tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir. Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.

Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka. Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya. Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan.


~ Indahnya Cinta Kerana ALLAH ~
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan

Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan adakah ianya terhasil kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya? Jika cinta yang diungkapkan itu kerana ketaatan kita kepada Allah SWT maka ianya adalah  cinta yang suci dan datang kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah. Ada lelaki terjatuh hati kerana si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka cinta itu memenuhi ciri-ciri cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.

Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya? Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan. Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti  memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.

Wanita solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya. Tanyalah diri sendiri, adakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH!


3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah
 
Orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta mendekatkan kita dengan tuhan. Ini disebabkan sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)
Perhatikanlah si dia, adakah di wajahnya itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat. Cinta suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya.


~ Mencari Cinta Yang Diredai ~
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa


Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

Ini kerana muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan. Syaitan menggoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.  

Apabila berhadapan dengan dia yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa. Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya. Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.

Terdapat juga lelaki muslim dan wanita muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.

Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya. Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa.


5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari ALLAH

Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)
Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)
Mereka yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT. Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya. 

Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya. Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)
Inilah sifat orang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)
Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud :
“Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)
Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain? Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.” Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH.


P/s Nas: Karya ini telah diringkaskan dari karya asal Ustaz Emran. Trimas dan kredit kepada Ustaz Emran kerana memberi peluang untuk dikongsi ke dalam Naslive Pages ini. Semoga kita dapat menggapai cinta yang diredai Allah yang sudah pasti telah menjadi impian kita. Lihat juga entri ini - Didikan Yang Sebenar

Jom Klik Share... (^_^)
>> for Naslive Pages << 
read more

Wednesday 27 April 2011

Nasihat Dr. M kepada kita

Salam. Entri ini adalah entri pengukuhan kepada entri yang lepas iaitu Kejatuhan Sistem Wang Kertas Dan Kebangkitan Dinar dan Dirham. Sama-samalah kita renungkan kata-kata Dr. M ni...


Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang.

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli. Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya. “Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.


Sumber Daripada Utusan Malaysia

>> for Naslive Pages <<
read more

Tuesday 26 April 2011

Kejatuhan Sistem Wang Kertas Dan Kebangkitan Dinar dan Dirham

Seperti yang dijanjikan, Nas akan menyambung entri yang lepas iaitu Amerika syarikat(AS) akan Muflis tidak lama lagi. Kali ini Nas nak kongsi apa yang boleh terjadi sekiranya AS muflis. Kita sedia maklum bahawa AS adalah kuasa besar ekonomi dunia serta banyak negara bergantung ekonomi dengan AS. Maka, kejatuhan ekonomi AS dijangka akan terus menular ke negara lain dan mungkin lebih parah lagi. OK.. Nas tak nak cerita panjang sangatlah pasal ekonomi ni. Jom lihat bersama dibawah..

Mari kita lihat apa kata Dr. M



Dinar dan Dirham


Matawang akan jatuh dengan teruk 
Dr.M telah memberi nasihat yang tersurat kepada kita supaya menyimpan dalam emas kerana duit kertas akan menjadi tidak laku(lingkup) tidak lama lagi.


Sebagai bekas perdana menteri Malaysia, Dr.M tidak akan memberitahu kita secara terus terang yang sistem matawang kertas sedang menuju kegagalan. Tetapi dari kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Dr.M dan juga perjuangan Dr.M dalam penggunaan Dinar Emas secara tidak langsung menasihatkan kita supaya membeli dan menyimpan emas.


"Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu, tetapi bukan nilai sebenar. "Namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia."


"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menhadapi inflasi." - Lagi nasihat Dr. M


Kita pula lihat Hadis Nabi Muhammad S.A.W. pula
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Dalam hadis ini jelas menceritakan dimana pada zaman itu tiada apa yang bernilai melainkan Dinar dan Dirham. sistem Wang Kertas akan musnah satu hari nanti dan tidak bernilai. Bahkan, US Dollar diibaratkan seperti tisu tandas. Jika US Dollar seperti tisu tandas, bagaimana dengan matawang lain?


Apabila sistem duit kertas lingkup, fikirkan.
Mereka yang bekerja peringkat kerajaan & swasta,
Di bahagian yang melibatkan nombor2 & angka2,
Di bahagian akaun, debit, kredit, yang melibatkan nombor2 duit,
Apa agaknya situasi tempat mereka bekerja,
TATKALA sistem duit kertas jatuh?
Jawapannya = huru-hara?


Oleh itu, simpanlah emas dan perak secepat mungkin sebagai persediaan. Sudah pasti korang tak nak lihat duit yang ada ditangan dan dipoket korang itu tidak bernilai lagikan? Tukarkan duit korang yang berada ditangan dan bank itu sebelum terlambat. Korang yang masih keliru lagi tu, Nas cadangkan agar menyimpan dengan cara berikut:
- 60% Dalam bentuk Dinar dan Dirham(DnD)
- 40% Dalam bentuk wang kertas untuk kegunaan jangkamasa pendek.


Apapun, itu hanya cadangan. Bergantung kepada jumlah wang korang pula. Untuk mencari DnD, korang boleh ke link berikut:
www.nubex.com.my
www.dinarmas.com
Atau cara yang paling mudah ialah dengan mencari group Dinar dan Dirham di facebook
Korang yang masih tak faham lagi konsep DnD atau ingin info tambahan dan bukti tu, boleh ke page ini. 

P/s Nas: Hari ini, Ringgit telah melonjak ke paras 2.99 berbanding dolar Amerika. Diantara tanda dekatnya kita dengan kejatuhan Sistem Wang Kertas ialah semakin lemahnya nilai Dollar AS. Bertindaklah sebelum terlambat, Jangan merana tatkala semuanya telah berlaku.

Selamatkan kawan dan keluarga korang dengan share info ni. Trimas.


>> by Naslive Pages <<
read more

Saturday 23 April 2011

USA akan muflis tidak lama lagi

Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencapai hadnya sebanyak US$14.3 Trilion (RM43.4 Trilion) dalam waktu terdekat. Negara itu dijangka mencapai had hutangnya antara 15 April hingga 31 Mei 2011. US dollar mungkin tidak wujud lagi selepas tarikh itu.

AS hanya mempunyai beberapa minggu sebelum negara itu kehabisan wang tunai untuk membayar semua bil perbelanjaannya. Mereka yang tidak sependapat dengan Presiden AS, Barack Obama telah membantah peningkatan had hutang kerana bimbang terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

Anggaran jumlah penduduk AS sekarang ialah lebih 310juta orang. Sekiranya Hutang AS sekarang ialah USD 14.3 Trilion. Jadi, diibaratkan setiap penduduk negara itu berkongsi hutang sebanyak USD 46Ribu (RM139 Ribu).

Masih ingatkah lagi kita kepada Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008?

Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008.

Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh sehingga menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi. - Sumber Wikipedia.
Kita dapat lihat bagaimana Krisis Kewangan AS 2008 yang akhirnya sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Tetapi bagaimana pula dengan hutang AS yang semakin mencapai 'limit' sekarang? Apakah yang akan berlaku sekiranya AS muflis? Mungkinkah sistem wang kertas akan jatuh selepas ini untuk memberi laluan kepada Kerajaan dan Sistem Wang Digital yang berpusat di Israel? Bagaimana pula dengan kebangkitan sistem matawang Dinar dan Dirham di Timur? Apa kaitannya? Cuba korang bayangkan! Nak bukti lagi? Cuba google 'US Debt' sekarang.


P/s Nas: Kenapa pulak tetiba Nas cerita pasal ekonomi? Mimpi ke? Korang nak tau kenapa? Insya'Allah entri ini akan Nas sambungkan pula pada Part 2 iaitu Kejatuhan Sistem Wang Kertas Dan Kebangkitan Dinar dan Dirham. Sama-sama kita nantikan yea.. Keep watching!!

<  <   Sharing is caring..   (^_^)   >  >
>> by Naslive Pages <<
read more

Thursday 14 April 2011

Mudarat Pengambilan Produk Minuman 3-in-1

Kebanyakan penyakit datangnya dari pemakanan kita sendiri.
Contoh: Produk 3 in 1 boleh merosakkan jantung & buah pinggang.

Antara Produk Minuman 3-in-1
Masyarakat kita sekarang gemar mengambil produk minuman 3-in-1 kerana mudah untuk disediakan dimana-mana pada bila-bila masa sahaja. Hakikatnya, jika produk ini diambil secara berlebihan, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,”
katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24.




●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●


Info tambahan:


Krimer yang terdapat di dalam produk 3-in-1 sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer).


Untuk merawat jantung, sila ikuti langkah berikut:


1. Elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).


2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.


3. Elakkan makan ais krim yang mengandungi krimmer yang tinggi.


4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.


5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.


6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya. Ini kerana kebanyakan makanan jenis ini tinggi kandungan bahan pengawet, pewarna dan perasa. Cuba bayangkan kentang goreng yang dibuat sendiri, berapa hari ia boleh bertahan? Bandingkan pula dengan kentang goreng yang siap dipacking di pasaraya. Berapa lama ia boleh bertahan??


7. Elakkan mandi selepas makan.


8. Amalkan amalan ini: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau itu.


9. Amalkan pemakanan habbatussauda (jintan hitam) setiap hari.


10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya.


11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kesimpulannya, minuman ini jika diambil dengan kadar berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kerana tinggi kandungan gula, lemak tepu, bahan kimia dan pengawet. Kepada mereka yang menghadapi masalah jantung pula, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


Allahu A'lam. Sekian, wassalam.

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

P/s Nas: Masa kat UITM selalu jugak buat air pakai 3 in 1 nih. Ye la senang nak buat, nak2 waktu pagi kelas pukul 8. Nampaknya kena carik altenatif lainlah lepas nie.. Sapa ada cadangan?

>> by Naslive Pages <<
read more

Monday 4 April 2011

Didikan Yang Sebenar [Mesti Baca]

Kepada ibu bapa, didiklah anak anda dengan cara yang betul. Apa yang Nas kongsikan dibawah ini, hanyalah SEDIKIT ringkasan bagaimana mereka (yahudi) memperdayakan kita. Kepada mereka yang belum bergelar ibu bapa, didiklah adik-beradik, anak saudara, sepupu dan saudara-mara anda dengan cara Islam yang benar.




Ketika anda berpeluang mendidik anak-anak anda,
Anda didik anak anda dengan didikan barat,
Ketika anak anda boleh minum susu ibu,
Anda bagi anak anda susu lembu...

Ketika anak anda patut mengunyah sayur ibu,
Anda suapkan anak anda sayur fast food,
Ketika anak-anak anda perlu daging segar,
Anda sumbatkan anak anda MC D fast food.

Ketika anak anda patut belajar huruf jawi,
Anda rasmikan minda anak anda dengan tulisan rumi.
Ketika anak anda patut dididik dengan cerita Nabi,
Anda rasmikan telinga anak anda dengan twinkle2 little star ?

Ketika anak anda patut berpakaian Islam,
Anda rasmikan anak anda dengan seluar jeans ?
Cilaka betul...
Ketika anak perempuan anda patut dimanjakan dengan tudung,
Anda rasmikan pakaian anak perempuan anda dengan skirt ?

Ketuk kepala...
Jentik telinga...
Setiap perbuatan anda...
Pasti melahirkan apa yang anda sudah tentukan...

Anda pasti dipersoalkan di akhirat...
Didiklah anak anda dengan didikan ISLAM...
kerana ISLAM amat indah & mudah...
Hidup ini sementara...
kenapa biarkan anak anda hidup dengan cara YAHUDI ???

Kenapa didik anak anda...
yang akhirnya berakhir dengan makan GAJI ?
MAKAN GAJI = kerja tak habis buat, tapi gaji nak lebat.

Jangan jadikan anak anda mangsa GOYYIM !!!
Goyyim = mangsa kepada MIND CONTROL & hidup macam robot.

Elakkan anak anda terlibat dengan kartun & wayang.
Elakkan anak anda melihat suasana masyarakat hari ini.

Terserah anda...
Anak anda merupakan kain putih,
Andalah yang mencorakkan anak anda...


Wassalam.

Untuk maklumat lanjut, dijemput klik pada link dibawah:
http://www.dinar-emas.com/vatican

Dipetik dari: http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak

Semoga bermanfaat...
>> for Naslive Pages <<
read more

Saturday 26 March 2011

Earth Hour 2011

Dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Sekali-sekala, diselangi dengan kilat dan guruh. Lalu terlintas didalam benak fikiranku >> harap-harap sempat la post entri ni. Manalah taukan, tiba-tiba letrik terpadam dek kilat di luar tuh.. Dalam Nas sedang asyik tengah menaip entri ni, guruh semakin kuat, kilat semakin terang memancar-mancar di jendela..  Tap!! Aku berada di dalam kegelapan bersuluhkan sedikit cahaya pada laptop. Fuhh, nasiblah laptop ni masih hidup dengan bantuan bateri. Tapi, apa yang berlaku? Earth Hour dah start ke?? Tapi sapa yang tutup lampu? Takkan lah Earth Hour punya pasal, seluruh bekalan letrik dipadamkan? Hmmm.. tak sempat jugaklah nak post entri ni malam ni setelah Wifi dirumahku turut serta dalam menjoin barang letrik yang lain untuk mematikan diri sendiri. Akhirnya dapat jugaklah post entri ni pada 12jam kemudian setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan. Hehehe... Merapu lah pulak.. Apepun, dalam beberapa jam je lagi nih, Take Roll!! Haha..


Inilah logo rasmi 60 minit bersama Earth Hour


Pada Jam 8:30, Sabtu 26 Mac 2011, lampu akan dipadamkan di seluruh dunia untuk menyokong Earth Hour. Dengan Earth Hour yang akan berlangsung malam ini, fikiran kita adalah dengan rakyat Jepun selama ini sangat mencabar dengan keadaan menyedihkan di negara mereka setelah kejadian gempa bumi dan tsunami serta beberapa letupan loji nuklear. 

Marilah bersama dalam Perayaan Antarabangsa yang menyatukan kita semua - Planet kehidupan kita. Marilah menyokong Earth Hour dan melihat langkah-langkah untuk "Dancing in the Dark" untuk Earth Hour di Sunway Pyramid pada 26 Mac 2011 pukul 8:30-21:30. Atau mungkin korang juga ingin menonton video dan bergabung menari bersama-sama!


****    ****    ****

Lihat jugak dan klik kat sini >> http://says.my/evonas/livegreen-wwf2



****    ****    ****

Tengok, Google pon join Earth Hour

Mari kita lihat sejarah Earth Hour


Earth Hour bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia ketika 2,2 juta orang dan lebih dari 2000 perniagaan mereka memadamkan lampu selama satu jam untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim. Hanya satu tahun kemudian dan Earth Hour telah menjadi sebuah gerakan antarabangsa dengan lebih daripada 50 juta orang di 35 negara / wilayah yang menyertai. Landmark Antarabangsa seperti Sydney Harbour Bridge, CN Tower di Toronto, Golden Gate Bridge di San Francisco, dan Colosseum Rom, semuanya berdiri dalam kegelapan, sebagai simbol harapan untuk menjayakan Earth Hour. 

Pada Mac 2009, beratus-ratus juta penduduk mengambil bahagian dalam Earth Hour ketiga. Lebih dari 4000 bandar di 88 negara / wilayah rasmi mewartakan janji sokongan mereka terhadap planet ini, membuat Earth Hour 2009 sebagai iklim yang terbesar di dunia dalam inisiatif perubahan global. 

Pada Sabtu 27 Mac, Earth Hour 2010 menjadi Earth Hour terbesar yang pernah diadakan. Sebuah catatan 128 negara dan wilayah bergabung dengan paparan aksi iklim global. Bangunan Ikon dan Mercu Tanda dari Asia Pasifik ke Eropah dan Afrika ke Amerika dipadamkan. Penduduk di seluruh dunia dari semua lapisan masyarakat memadamkan lampu mereka dan datang bersama dalam perayaan - bumi kita. 

Earth Hour 2011 akan berlangsung pada Sabtu 26 Mac jam 08:30 (waktu setempat). Marilah kita bersama mengorak langkah untuk menjayakan Earth 2011!




Dah tengok sume dah? klik sini pulak TQ ;) >> http://says.my/evonas/livegreen-wwf2
read more

Keburukan Kacang Soya

Ingin tahu kandungan sebenar kacang soya? Korang dinasihatkan supaya membaca artikel ini sampai habis kerana terdapat juga produk berasaskan soya adalah selamat setelah menjalani proses tertentu.


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan sebagainya. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik kurang diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni kami nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah antara keburukan kacang soya :

1. Tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. Akibatnya, zat  makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

2. Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya? Hmm.. entah ke mana.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). 
Tambahan pula, toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas. Malang sekali, disebabkan unsur antizat yang terdapat pada soya. Sesetengah pengeluar hasil soya membasuh soya dengan asid di dalam tangki aluminium untuk mamastikan antizat tu hilang!

6. Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk, tahu??

7. Mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan).

Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!


Memang benar soya juga mempunyai kebaikannya. Tetapi, ada caranya untuk mendapatkan khasiatnya itu. Berikut adalah antara kandungan soya yang membawa kebaikan.

1. Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.

2. Selain itu, soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone pula merupakan komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan mudah dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

3. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian (fermentation process). Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Untuk pengetahuan kita semua, yahudi juga mengwar-warkan kebaikan minum soya kerana USA merupakan pengeluar terbesar soya. Secara kesimpulannya, mereka bukan sahaja melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

Artikel ini adalah bahagian ke-6 (terakhir) dalam Siri Pembohongan Yahudi yang pertama (macamlah ade yang ke-2). Hehe... Fakta-fakta yang telah disembunyikan oleh musuh Islam telah kami sampaikan. Selebihnya, kami tidak memaksa korang percaya. Tepuk dada, tanya iman. :)  Trimas kerana sudi baca dan share kepada kengkawan yang sedang berfacebooking dan bertweet-tweet tuh. Kepada korang yang belum baca lagi lima bahagian yang lain tu, klik je link di bawah. :-

Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Jom Klik Share... (^_^) 
>> by Naslive Pages <<
read more

Wednesday 16 March 2011

Fakta menarik minuman Coke

Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini ....

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Alaa.., macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka gunakannya?

Korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat. Hehe...

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! (Macam Keluarga 69).

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! haha...

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas-pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?

Satu lagi simptom terbaru bila korang minum coke ialah korang akan mengeluarkan bunyi brrrrr... secara tiba-tiba sambil badan menggeletar. Hehehe... Jom kita lihat Artikel lain yang berkaitan :-

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Bahagian ke-2          : Makan Hati Ayam Bahaya?
Bahagian ke-3          : Khasiat dan Kelebihan Daging Kambing
Bahagian ke-4          : Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera
Bahagian ke-5          : Fakta Menarik Minuman Coke
Bahagian ke-6          : Keburukan Kacang Soya
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● 


Jom Klik Share... (^_^) 
>> by Naslive Pages <<
read more