Thursday 9 August 2012

Susu Lembu Membawa Keburukan?


Mengikut kajian pada 1989 yang diterbitkan dalam Nutrition and Cancer, mendapati kaitan antara pengambilan susu lembu dan mentega dengan risiko perkembangan limfoma  bukan hodgkin, iaitu kanser sistem imun.

Menurut artikel itu, “Paras protein susu lembu yang tinggi, beta-lactoglobulin juga ditemui dalam darah pesakit kanser paru-paru.”

Pedatrik juga memberi amaran ia boleh mencetuskan tindak balas alergi, anemia dan diabetes dalam kalangan kanak-kanak kecil. Ahli kardiologi berkata, ia boleh menyebabkan arteri tersumbat. Saintis berkata ia boleh menyebabkan kanser dan ahli antropologi berkata selepas usia 2 tahun kita tidak memerlukan susu.

Susu sebenarnya  tidak mencegah osteoporosis, sebaliknya boleh menyebabkannya. Hal ini berlaku akibat kehilangan kalsium. Sejak 1920 an, saintis menyedari bahawa diet yang tinggi protein menyebabkan kalsium hilang melalui air kencing. (Protein terdiri hanya 15% daripada tubuh manusia) Pengambilan protein pada paras yang tinggi menggandakan pengeluaran kalsium melalui air kecing dan diet protein binatang yang tinggi akan meningkatkan lagi kesannya.

Menurut satu kajian terkemuka di China, anda tidak perlu meminum susu untuk mencegah Osteorosis. Kebanyakan orang cina tidak mengambil produk tenusu dan sebagai ganti mendapat semua kalsium mereka daripada sayuran. Walaupun orang cina mengambil hanya separuh kalsium berbanding orang Barat, osteoporosis tidak biasa di China sebaliknya jangka hayatnya ialah 70 tahun.




Dalam artikel Be Aware with the Effect of Unhealthy Milk menyatakan bahawa Keberkesanan susu sebagai tunjang nutrisi untuk tubuh semakin diragui kerana susu boleh menyebabkan kanser. Perkara ini adalah benar bermula dari tahun 1993 apabila FDA (Food and Drug Administration) membenarkan Jabatan Penternakan di USA untuk menggunakan hormon pertumbuhan rBGH pada lembu untuk merangsang pengeluaran susu lembu tetapi keburukan hormon rBGH boleh meningkatkan kadar insulin dalam tubuh badan manusia dan juga meransang hormon berkaitan kanser (jika seseorang sudah ada kanser dalam diam).

Berbeza dengan hormon steroid yang boleh diambil secara terus (mungkin melalui pil atau cecair), hormon rBGH perlu melalui suntikan terus kepada tubuh manusia untuk menampakkan kesannya kerana jika hormon rBGH melalui proses pencernaan, hormon ini akan musnah. Oleh itu, minum susu lembu diberi hormon rBGH tidak mampu memberikan kesan hormon rBGH kepada tubuh manusia. Dengan kata lain, hormon rBGH dan hanya boleh menyebabkan kanser ketika disuntik terus ke dalam tubuh manusia. Walaupun demikian, disebabkan masalah etika, sekarang amalan pemberian hormon pada lembu telah dilarang. Para penyelidik dari Kanada juga mendapati bahawa lembu diberi hormon rBGH lebih terdedah kepada jangkitan mastitis. Kemudian lembu-lembu ini perlu pula disuntik dengan antibiotik. Kajian mereka mengatakan antibiotik ini akan kekal dalam susu dan daging lembu. Bagi mereka yang minum susu lembu yang disuntik antibiotik dikatakan mempunyai imuniti badan yang rendah. Walaubagaimanpun, tidak ada saintis yang mengesahkan kerana belum ada kajian yang membuktikannya. Di pasaran hari ini masih terdapat susu yang benar-benar berkualiti tapi semestinya harganya jauh lebih mahal daripada susu lembu biasa kerana barang baik semestinya mahal. 


Nas : Dengan teknologi yang digunakan ketika ini, susu lembu boleh membawa keburukan kepada kesihatan kita. Insya'Allah Nas akan update pulak entri kelebihan susu kegemaran nabi kita iaitu susu kambing. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Wallahua’lam. Sumber : Ummuhaq dan Cetusan Hati

No comments:

Post a Comment

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)