Tuesday, 2 October 2012

Tips Membeli Kasut

1. Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang agar dapat ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.

2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.

3. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.

4. Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

5. Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.

6. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.

7. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.

8. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

9. Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.



Perkara yang tidak boleh dilakukan ketika membeli kasut

1. Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.

2. Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.

3. Jangan hanya duduk ketika mencuba dan menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah menganggap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.

4. Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.

5. Jangan pilih kasut yang dirasakan terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja.


No comments:

Post a Comment

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)