Friday, 6 September 2013

Microsoft beli Nokia pada harga RM23.04 bilion


REDMOND, Washington 3 Sept. - Microsoft Corp. akan membeli perniagaan Nokia Corp. yang membolehkan syarikat itu turut memiliki hak paten Nokia bernilai AS$7.2 bilion (RM23.04 bilion). Pembelian itu merupakan usaha Microsoft untuk meluaskan penguasaannya dalam pasaran telefon pintar global.

Microsoft dalam kenyataannya pada lewat semalam berkata, syarikat akan membayar AS$5 bilion (RM16 bilion) untuk unit Nokia yang mengeluarkan telefon bimbit termasuklah telefon pintar Lumia menggunakan perisian Windows.

Microsoft juga akan membayar AS$2.2 bilion (RM7.04 bilion) untuk lesen bagi menggunakan paten Nokia selama 10 tahun dengan pilihan untuk menyambung semula lesen tersebut selepas tempoh itu.
''Kami amat teruja dengan cadangan untuk mengeluarkan telefon bimbit terbaik hasil bersama antara Microsoft dan Nokia,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer dalam satu memo kepada kakitangannya. ''Kami memiliki bakat yang hebat, teknologi dan harta intelektual (IP),'' katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama antara Microsoft dan Nokia, pembelian itu akan menawarkan peluang untuk Microsoft meluaskan perkhidmatannya di seluruh dunia dengan menjadikan Nokia sebagai telefon Windows.

Microsoft berkata, pihaknya akan mendapatkan tunai daripada sumber luar negara bagi membiayai urusniaga tersebut. Urusniaga tersebut yang dijangka selesai pada awal 2014 akan menyaksikan lebih kurang 32,000 pekerja Nokia dipindahkan ke Microsoft. - AGENSI


 P/s : Microsoft Sah Beli Nokia, Adakah Ia Bakal Menjadi NoSoft atau Mikia?

No comments:

Post a Comment

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)