Thursday, 6 September 2012

Neil Armstrong Peluk Islam Cerita Palsu?

Neil Armstrong sudahpun meninggal dunia pada usian 82 tahun pada tanggal 25 Ogos 2012. Namun kisahnya masih hangat diperkatakan. Antaranya mengenai Cerita Sebenar di Sebalik Pendaratan Dibulan, samada ianya rekaan Amerika Syarikat (AS) atau sebaliknya. Begitu juga dengan kisah pengIslaman Neil Armstrong, samada benar atau tidak? Berdasarkan beberapa sumber berita, mendiang dipercayai meninggal akibat komplikasi dari pembedahan jantung.
Menyebut mengenai kisah Neil Armstrong memeluk Islam, pastinya ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status agama Neil Armstrong. Apatah lagi banyak tersebar mengenai kisah pengislamannya dalam media massa dan sebagainya sejak berpuluh tahun yang lepas. Namun demikian, masih belum ada bukti kukuh mengenai perkara berkenaan. Adakah beliau benar-benar memeluk agama Islam atau kisah pengislamannya itu sudah ditutup oleh pihak yang ‘berkenaan’?





Cara Mudah Buat Duit
Ada juga yang mengatakan cerita pengislaman Neil Armstrong hanya cerita karut dan hanya rekaan pihak yang sengaja mencetuskan spekulasi. Sehinggakan ada kenyataan dari pembantu kepada mendiang yang bernama Vivian White, yang mengeluarkan kenyataan bahawa artikel pengislaman Neil Armstrong hanyalah cerita karut dan beliau menafikannya.

Apapun, kontroversi mengenai orang ‘bersejarah’ ini pastinya akan berterusan. Kebenaran mengenai ceritanya juga semakin sukar untuk diperjelaskan. Benar atau tidak mengenai cerita mendiang memeluk agama Islam, sudah tentu akan menjadi tanda tanya sepanjang zaman. Itu sudah tentu urusannya dengan tuhan.

read more

Wednesday, 5 September 2012

6 Sifat Wanita Yang Perlu Elak Dikahwini




Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita (lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.


1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.

[Sumber]
read more

Tuesday, 4 September 2012

Petua Supaya Orang Yang Degil Lembut Hati



Kadang-kadang kita buntu bila menghadapi situasi di mana anak-anak tidak mahu mendengar nasihat yang baik dari kita. Puas di tegur tetapi tidak diendah dan diikut. Lebih teruk bila pasangan suami atau isteri sendiri yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Kadang-kadang pelbagai usaha yang telah dibuat namun mereka yang degil ini tidak juga menunjukkan sikap ingin berubah. Mereka tidak juga lembut hati.


Macamana caranya untuk membuatkan mereka ini lembut hati? Di saat begini hanya pada Allah lah yang harus kita berserah. Antara doa-doa untuk membuatkan anak ataupun pasangan yang degil lembut hati ialah dengan membaca ayat ini:


Untuk Blogger - RM1/klik
Cara Mudah Buat Duit

Caranya ialah baca dan hembuskan di ubun anak semasa mereka tidur. Manakala untuk pasangan (suami atau isteri) baca dan hembuskan di tengkuk ketika mereka sedang tidur. Sambil hembus, niatkan dan doa dalam hati semoga Allah jadikan mereka yang degil dan tidak mahu menerima nasihat yang baik ini lembut hati mereka.

Yang paling penting ialah istiqamah dan jangan berputus asa dalam berdoa. Semoga doa kita dimakbulkan Allah

 Sumber : http://sohoque.com

read more

Monday, 3 September 2012

Senarai Syarikat Menerima Kad Diskaun Siswa (Updated)

blogspot

Berita baik kepada semua siswa dan siswi warganegara Malaysia akan diberikan kad diskaun siswa 1Malaysia secara percuma mengikut IPTA dan IPTS masing-masing bermula september 2012. KDS1M ini dilancarkan bagi meringankan beban pelajar dalam semua keperluan harian dari segi pembelian buku, makanan, pakaian sukan sehinggalah percutian dan kecantikan. Ia bukan sahaja diberikan kepada Universiti sahaja malah turut diberikan kepada penuntut institut latihan pengajian perguruan (IPG), politeknik, Maktab kerjasama Malaysia dan juga Institut latihan perindustrian (ILP).

Pemberian KDS1M ini diberikan mengikut fasa iaitu bagi penuntut tahun akhir akan diberikan terlebih dahulu dan fasa seterusnya pula kepada penuntut tahun kedua dan pertama. Mahasiswa yang menerima KDS1M bakal menikmati diskaun sehingga 60%. Jika dibandingkan dengan Baucer 1Malaysia, KDS1M ini lebih menguntungkan kerna hanya akan luput bila penuntut tersebut tamat pengajiannya.
Antara syarikat yang akan menerima Kad diskaun siswa 1 Malaysia ialah :

Buku & Alatan Tulis
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. EATON'S
  4. Haneemas
  5. First Touch
  6. Inner Kunst Enterprise
  7. I Copy Centre
  8. Antakesuma Holdings Sdn Bhd
  9. Borders Malaysia
  10. Daiyana Enterprise
  11. A to Z Stationery and Office Supply
  12. KBME
  13. Kedai Buku Alam Murni
  14. Kedai Buku & Fotostat Juara
  15. K.L COMMERCIAL BOOK CO.(M) SDN BHD
  16. Kedai Buku Edaran Sumber
  17. Kedidi
  18. Kinokuniya Book Stores
  19. Kiang Trading Sdn Bhd
  20. Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  21. KMK Resources Sdn Bhd
  22. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  23. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
  24. Koperasi UTM Berhad ( 1 UTM Book Centre)
  25. Laguna Bookstore
  26. MPH BookStores
  27. MRKB Agency
  28. My Book Store
  29. Marwalis Publisher & Distributirs Sdn Bhd.
  30. MZ Banner Advertising Sdn Bhd.
  31. Nine BookStore Enterprise
  32. Pasar Mini Harvest
  33. Pembekal Alat Tulis  Kinabalu Sdn Bhd
  34. Pusat Buku Sinaran Sdn Bhd
  35. Pustaka Jitra
  36. Pustaka Union
  37. Pustaka Munirah
  38. Rainbow Art Stationary
  39. RONA
  40. RSJ Jaya Enterprise
  41. Sam Fah Enterprise
  42. SBC Book & Stationary Sdn Bhd
  43. Smart Book Shop
  44. Sri Tanjong Bookstore Sdn Bhd
  45. Tanjongmas BookCentre (PJ) Sdn Bhd
  46. Universal Statinary Enterprise
  47. Uson Stationary Sdn Bhd
  48. VV Photocopy Centre
  49. Zaicorp
  50. Zenithway Sdn Bhd
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Ban Mee Sports
  2. Bazar Wanita Dot Com
  3. Echo Park
  4. EMZEC
  5. Grace One International Sdn Bhd
  6. Grace One Active Sdn Bhd
  7. Grace One Sports Sdn Bhd
  8. Fah Fatt Sports
  9. Grand Path Sdn Bhd
  10. DeOne Global Sdn Bhd
  11. Idola Pilah Sdn Bhd
  12. Idaman Textiles Store
  13. Hong Huat Jeans Center
  14. Jihah Collection & Boutique
  15. Kickers
  16. Louis Remarque
  17. Lea Sport Centre Sdn Bhd
  18. Lea Centre Sdn Bhd
  19. Lea C&C Sdn Bhd
  20. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  21. MIZI Sports
  22. Qise Heritage
  23. Takzim Textile
  24. STR Batik
  25. TshirtKing
  26. Novedeep Enterprise
  27. Qisdyana Boutique
  28. Noor Arfa
  29. Zureen Collections
Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Focus Point
  2. Farmasi Metro
  3. Arca Imej Optometrist
  4. GoldStar Optical Centre
  5. HO Optometrist
  6. Menara Optometry
  7. Mutiara Optical Centre
  8. Infocus Optical Enterprise
  9. OH! Healthmart
  10. New Mega Optict Sdn Bhd
  11. Optical 88 Eyecare
  12. Ong Optometrist
  13. OK Optical Group
  14. Optometrist Wan
  15. Optometrist Sanadi
  16. Pusat Optik Tai Wah
  17. YHK Optical
  18. Qualitas Health
  19. Poliklinik An-Nisa
Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh 
  3. A&W Malaysia
  4. MarryBrown
  5. Coffee Berry 
  6. The Chicken Rice Shop
  7. Bangi Kopitiam
  8. Dubu Dubu Seoul Food
  9. Station One Cafe 
  10. Annysha Maju Enterprise
  11. Bakers'Talk
  12. Gloria Jean's Coffee 
  13. Cafe Station 9
  14. Ghoniyyun Enterprise
  15. Keropok Lekor Masyhur
  16. Ilyana Frozen Resources
  17. Montea
  18. Little Taiwan
  19. Koperasi Emas Seberang Perai Berhad
  20. MHP Enterprise
  21. My JAVA Cofee
  22. MyDapur Cafe & Restaurant
  23. Pancake House International
  24. Nasi Ayam Masyhur
  25. Noorsone Resources
  26. Norma Seri Enterprise
  27. Pitaberry Sdn Bhd
  28. Pinang Bistro
  29. Perusahaan Al- Khalifah
  30. Perniagaan Al-Khodafi
  31. Prodetox
  32. Rahamath Istimewa Restoran Sdn Bhd
  33. Restoran Kenny Crab 
  34. Sweet Chat 
  35. Sakura Kristal
  36. Taiwan Recipi
  37. Taj Mahal Restaurant
  38. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
  39. Yogen Fruz
  40. The Legend's  Family Curry House 
  41. Young Bees
  42. Zamrud Cafe
Hotel Dan Penginapan Serta Pengangkutan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Cititel Express Kota Kinabalu
  3. Homestay Kampung Paya Guring
  4. Hotel Seri Malaysia Kangar
  5. Hotel Coop Inn
  6. KLIA Transit
  7. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad 
  8. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad 
  9. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad 
  10. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad 
  11. Leo Express Hotel 
  12. SMZ Hotel
  13. Suria Resorts & Hotels
  14. The Leverage Business Hotel
  15. Mega View Hotel Kuantan
  16. Malaysia Airline System
  17. MAS Sdn Bhd ( FireFly)
  18. MASwings
  19. Rakyat Travel
  20. Rapid KL
  21. Tune Hotel
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Bio Care Industries
  2. Clara International Beauty
  3. Foot Master 
  4. Paris Hill 
  5. Proactiv 
  6. Clara 
  7. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
  8. Kedai Persolekan Rambut Ezza
  9. Noury Cosmetics
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad 
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
  3. Silvero Media
  4. Dots Multimedia
  5. Ibizzshop
  6. Ekancil Consultant & Computing Sdn Bhd
  7. iFamily
  8. ITC Computer Sales and Services
  9. Ketari Merah Enterprise
  10. LSP
  11. Megamate Computer Holdings Sdn Bhd
  12. MyIman Technologies
  13. PC City Sdn Bhd
  14. RNK Jaya Trading
  15. Sejagat Indah Enterprise
  16. SIS System Sdn Bhd
  17. Synergy (L&T) Marketing Sdn Bhd
  18. YCT Computer Centre
Senarai Syarikat Automotif
  1. Zack Garage
  2. Metro Driving Academy
  3. BKZ Bikerz
  4. D Alfa Auto Service
  5. AMR Technologies Fastec
  6. Double Site Marketing Sdn Bhd
  7. Nuren Auto Service
  8. Sepang International Circuit
Senarai Syarikat Peruncitan
  1. MYDIN
  2. Koperasi Kakitangan Bernas (BERASLI)
  3. Koperasi UTM Berhad ( Minimart Kuala Lumpur / Meranti)
  4. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  5. Koperasi Perkhidmatan Awam Sabah Berhad
  6. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad

Nas : Untungkan kalau jadi pelajar di Malaysia? Huhu..xsabar2 pulak nak pegang kad nih. 

read more

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Dilancarkan


Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan. Cadangan KDS1M dikemukakan oleh pelajar pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu.

Untuk menggunakan perkhidmatan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini, siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang rmenyertai program itu. Kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.


Klik gambar untuk menderma

 UNTUK KETERANGAN LANJUT
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Sumber: http://www.abgteror.com/

Nas : Untuk maklumat lanjut, jom tengok Senarai Syarikat Menerima Kad Diskaun Siswa. Agak-agak bilalah boleh dapat ea? Jom Klik Teka nama lagu & artis utk memenangi habuan lumayan!

read more