Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan
swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN
KDS1M menawarkan
diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14
koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor
perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan
minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan. Cadangan KDS1M dikemukakan oleh pelajar pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu.
Untuk menggunakan perkhidmatan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini, siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M
bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun
yang ditawarkan oleh syarikat yang rmenyertai program itu. Kerajaan juga
bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara
ini. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.
UNTUK KETERANGAN LANJUT
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup
pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh
negara.
KDS1M diberi secara
percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti
pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
Diskaun yang ditawarkan adalah bagi
pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil
bahagian.
Sumber: http://www.abgteror.com/
Nas :
Untuk maklumat lanjut, jom tengok Senarai Syarikat Menerima Kad Diskaun Siswa. Agak-agak bilalah boleh dapat ea? Jom Klik Teka nama lagu & artis utk memenangi habuan lumayan!
>> Naslive Pages <<
No comments:
Post a Comment
Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)