Friday, 10 August 2012

Wanita Ini Mengangkat BMW Untuk Menyelamatkan Nyawa Bapaknya


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Seorang wanita asal Amerika telah menyelamatkan nyawa ayahnya dengan mengangkat mobil BMW yang menindih ayahnya tersebut. Lauren Kornacki, 22, asal Virginia menemukan ayahnya terjepit di bawah mobil di garasi rumahnya.

Ayahnya bernama Alec, 52, sedang berada di bawah mobil untuk memperbaikinya dan menurut laporan media setempat, dongkrak yang digunakan untuk mengangkat mobil tersebut terjatuh.

Seketika itu, Lauren yang merupakan seorang pemain basket pun bertindak sebagai lifeguard.

“Saya mengangkat mobil itu, Saya mendorong mobil itu sekuat mungkin dan lalu saya menarik ayah saya dan melakukan penyelamatan pertama dengan nafas buatan.” katanya di NBC 12.

Lauren berkata, dia sangat kesulitan untuk mendorong mobil yang menindih ayahnya tersebut karena memang ban mobil itu sedang tidak dipasang saat itu, jadi Lauren kesulitan untuk mengangkat mobil dalam keadaan tidak seimbang seperti itu.

Alec, yang memiliki berat badan sekitar 95 Kg, dilaporkan saat itu dalam keadaan tidak bernafas, detak jantungnya berhenti selama kurang dari lima menit.

Lauren hanya melakukan dua set nafas buatan sebelum akhirnya Alec kembali bernafas dengan stabil.

Dua hari setelah insiden itu terjadi, Alec masih dalam perawatan karena beberapa tulang rusuknya patah, dan yang lainnya retak, demikian menurut laporan CNN.

“Saya hanya beruntung dan bangga memiliki seorang putri yang dapat melakukan pertolongan pertama melalui nafas buatan.” Kata Alec melalui media setempat. (Sumber)

read more

Thursday, 9 August 2012

Susu Lembu Membawa Keburukan?


Mengikut kajian pada 1989 yang diterbitkan dalam Nutrition and Cancer, mendapati kaitan antara pengambilan susu lembu dan mentega dengan risiko perkembangan limfoma  bukan hodgkin, iaitu kanser sistem imun.

Menurut artikel itu, “Paras protein susu lembu yang tinggi, beta-lactoglobulin juga ditemui dalam darah pesakit kanser paru-paru.”

Pedatrik juga memberi amaran ia boleh mencetuskan tindak balas alergi, anemia dan diabetes dalam kalangan kanak-kanak kecil. Ahli kardiologi berkata, ia boleh menyebabkan arteri tersumbat. Saintis berkata ia boleh menyebabkan kanser dan ahli antropologi berkata selepas usia 2 tahun kita tidak memerlukan susu.

Susu sebenarnya  tidak mencegah osteoporosis, sebaliknya boleh menyebabkannya. Hal ini berlaku akibat kehilangan kalsium. Sejak 1920 an, saintis menyedari bahawa diet yang tinggi protein menyebabkan kalsium hilang melalui air kencing. (Protein terdiri hanya 15% daripada tubuh manusia) Pengambilan protein pada paras yang tinggi menggandakan pengeluaran kalsium melalui air kecing dan diet protein binatang yang tinggi akan meningkatkan lagi kesannya.

Menurut satu kajian terkemuka di China, anda tidak perlu meminum susu untuk mencegah Osteorosis. Kebanyakan orang cina tidak mengambil produk tenusu dan sebagai ganti mendapat semua kalsium mereka daripada sayuran. Walaupun orang cina mengambil hanya separuh kalsium berbanding orang Barat, osteoporosis tidak biasa di China sebaliknya jangka hayatnya ialah 70 tahun.




Dalam artikel Be Aware with the Effect of Unhealthy Milk menyatakan bahawa Keberkesanan susu sebagai tunjang nutrisi untuk tubuh semakin diragui kerana susu boleh menyebabkan kanser. Perkara ini adalah benar bermula dari tahun 1993 apabila FDA (Food and Drug Administration) membenarkan Jabatan Penternakan di USA untuk menggunakan hormon pertumbuhan rBGH pada lembu untuk merangsang pengeluaran susu lembu tetapi keburukan hormon rBGH boleh meningkatkan kadar insulin dalam tubuh badan manusia dan juga meransang hormon berkaitan kanser (jika seseorang sudah ada kanser dalam diam).

Berbeza dengan hormon steroid yang boleh diambil secara terus (mungkin melalui pil atau cecair), hormon rBGH perlu melalui suntikan terus kepada tubuh manusia untuk menampakkan kesannya kerana jika hormon rBGH melalui proses pencernaan, hormon ini akan musnah. Oleh itu, minum susu lembu diberi hormon rBGH tidak mampu memberikan kesan hormon rBGH kepada tubuh manusia. Dengan kata lain, hormon rBGH dan hanya boleh menyebabkan kanser ketika disuntik terus ke dalam tubuh manusia. Walaupun demikian, disebabkan masalah etika, sekarang amalan pemberian hormon pada lembu telah dilarang. Para penyelidik dari Kanada juga mendapati bahawa lembu diberi hormon rBGH lebih terdedah kepada jangkitan mastitis. Kemudian lembu-lembu ini perlu pula disuntik dengan antibiotik. Kajian mereka mengatakan antibiotik ini akan kekal dalam susu dan daging lembu. Bagi mereka yang minum susu lembu yang disuntik antibiotik dikatakan mempunyai imuniti badan yang rendah. Walaubagaimanpun, tidak ada saintis yang mengesahkan kerana belum ada kajian yang membuktikannya. Di pasaran hari ini masih terdapat susu yang benar-benar berkualiti tapi semestinya harganya jauh lebih mahal daripada susu lembu biasa kerana barang baik semestinya mahal. 


Nas : Dengan teknologi yang digunakan ketika ini, susu lembu boleh membawa keburukan kepada kesihatan kita. Insya'Allah Nas akan update pulak entri kelebihan susu kegemaran nabi kita iaitu susu kambing. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Wallahua’lam. Sumber : Ummuhaq dan Cetusan Hati

read more

24 Khasiat Ayat Kursi


Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulullah S.A.W. segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
 

Khasiat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman dengan izin Allah s.w.t.

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

11. Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

12. Sabda Baginda lagi: ”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

13. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

14. Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

15. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

16. Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

17. Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah, akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

18. Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

19. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain.

20. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

21. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

22. Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

23. Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang, Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

24. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.




Nas : Banyak betul manfaat dengan ayat ni. Sedar tak sedar, dah msuk 10 malam terakhir Ramadhan pun..huhu..pantasnya masa berlalu..sama2lah kita merebut peluang membaca walaupun sepotong ayat di bulan yang mulia ini..nanti bulan lain, bacalah jugak..jangan semangat bila bulan pose je K..hehe..jangan lupa share yup.
read more

Saturday, 19 May 2012

Android Icecream Sandwich Skin Pack Download

Pernah dengar tak komputer menggunakan Android? Pelikkan? Percaya atau tidak, korang juga boleh menukar windows korang kepada Android versi terbaru iaitu Android Icecream Sandwich versi 4.0.


Skinpack ini akan menukar Tema, skrin Booting Up, Rocket Dock, Icon dan Taskbar korang. Mudah saja, kalau dah berminat cuma download dan install. 

Transform Windows 7 to Android Icecream Sandwich Skin Pack
 Download di sini
Support:
Windows 7 , Windows 7 SP1 - [X86_X64] - [All Language] - [All Version]
For windows 7 starter and home basic first need to patch and Unlock Aero effect from here

Uninstall Skinpack ini dan Windows korang akan kembali kepada asal sekiranya korang kurang berpuas hati. Itulah 5 Skinpack yang dapat nas kongsikan pada kali ini. Masih tak puas hati lagi? Takpa, banyak lagi yang akan nas kongsikan pada masa akan datang. Tunggu yup..huhu =)


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Skinpack lain yang menarik untuk dicuba

1) Windows 8 Skinpack Download 
5) Android Icecream Sandwich Skin Pack Download

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●


>> for Naslive Pages << 
read more

Angry Birds Space Skin Pack Download

Sapelah yang tak kenal angry bird kan? Game yang dikeluarkan oleh Rovio ni memang famous. Kepada peminat Angry Bird, korang boleh menukar windows korang kepada tema Angry Bird. Sangat menarik untuk dicuba kan? 

Klik untuk besar

Bukan setakat icon dan dock korang je yang bertukar, start button pun akan ditukar kepada Angry Bird. Pendek kata, memang comel la Laptop korang lepas nieh..hehe. Apapun, Kalau dah berkenan dihati tu, silalah download dan install tanpa segan silu yup.. =)

Watch Video
Transform Windows 7 to Angry Birds Space Game
Download di sini

Support:
Windows 7 , Windows 7 SP1 - [X86_X64] - [All Language] - [All Version]
For windows 7 starter and home basic first need to patch and Unlock Aero effect from here

Uninstall Skinpack ini dan Windows korang akan kembali kepada asal sekiranya korang kurang berpuas hati.



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Skinpack lain yang menarik untuk dicuba
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 

>> for Naslive Pages <<
read more