Showing posts with label Dunia Gajet. Show all posts
Showing posts with label Dunia Gajet. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Spesifikasi Rasmi Model Apple iPhone 5S


Bersama-sama pengumuman iPhone 5C, pihak Apple juga turut sama memperkenalkan peranti utama mereka, iaitu telefon pintar iPhone 5S – didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu.


iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.



Disamping cip A7, pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan.


Apple juga turut mengatakan mereka memberikan perhatian yang amat baik untuk jangka hayat bateri, dimana kini ia bertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini.

Melalui iPhone 5S, Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.

iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.



Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat.

Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.

Dan akhir sekali, seperti diura-ura akan sebelum ini, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.

Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.



Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari, selain mana sistem pengimbas bertambah baik dengan kegunaan yang kerap.


Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama yang didatangkan dengan iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari dinamakan TouchID.



iPhone 5S akan ditawarkan di beberapa negara utama bermula 20 September ini, dan dijangka akan dijual di lebih 100 buah negara menjelang bulan Disember ini.




SUMBER: Amanz , TEcsacCHCRUNCH



>> Naslive Pages <<
read more

Spesifikasi Rasmi Model Apple iPhone 5C

Seperti dinantikan ramai, selain berkongsi beberapa perkara mengenai iOS 7, pihak Apple juga turut memperkenalkan telefon pintar versi bajet mereka iaitu iPhone 5C.

Seperti yang telah tersebar di internet, iPhone 5C ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu hijau, putih, biru, merah dan juga kuning, selain mana ia juga diselarikan dengan gambar latar yang sama dengan warna kerangka pilihan. Ianya diperbuat daripada bahan "hard-coated polycarbonate".



Apple juga menghasilkan casing daripada "soft-feel silicon rubber" dengan lima warna yang dapat disuaikan dengan iPhone 5C mengikut kesepadanan warna yang anda gemari.

Pilih dan suaikan mengikut citarasa korang


iPhone 5C dilengkapi dengan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina. Ia juga turut menggunakan cip pemprosesan A6 yang direka oleh Apple, membawakan sokongan prestasi dan juga grafik baik, disamping efisyen dalam penggunaan kuasa.




Dari segi kamera pula, iPhone 5C dilengkapi dengan kamera 8-megapixel, disamping membawakan kamera hadapan dengan sokongan FaceTime HD.



Tidak ketinggalan juga ianya menyokong lebih banyak LTE bands daripada telefon pintar lain di dunia. Dual-band Wi-Fi, Bluetooth 4.0.

Memang puas hatilah download dengan kelajuan 100 Mbps nih
Terdapat dua versi Storan iaitu 16GB dan 32GB. Sudah tentu juga mempunyai ciri-ciri mesra alam sekitar. Dan apa yang penting ialah peranti ini bebas Android ! haha..

iPhone 5C ini ditawarkan bersama-sama telefon pintar iPhone 5S bermula 20 September ini. Namun, tarikh untuk pasaran Malaysia mungkin pada Disember ini. Kalau korang yang dah tak sabar boleh dapatkan di Singapura iaitu 20 September ni. hehe.. Namun walaupun iPhone 5C dikenali sebagai telefon pintar versi bajet mereka, harganya masih agak tinggi iaitu pada harganya mungkin melebihi RM1700.

read more