Saturday, 7 April 2012

Tanda Sakaratulmaut Semakin Hampir

Kematian adalah kesudahan bagi setiap hayat yang bernyawa. Setiap insan pasti tidak dapat memungkiri janji Allah apabila ajal datang menjemput, walau sedetik pun, dan biar di mana pun kita berada, di darat, di laut, di angkasa, mahupun bersembunyi di dalam kubu yang amat kebal, malaikat maut pasti datang menarik roh keluar dari jasad, untuk kembali mengadap Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t.
 
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi hambaNya. Tanda-tanda isyarat kematian yang Allah berikan, meskipun amat mengerikan, bertujuan agar kita dapat bersedia dalam perjalanan terakhir mengadap Allah s.w.t. dengan segera bertaubat, serta menggandakan amalan kita. Malah kita juga dapat menyediakan keadaan diri (jasad) dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan penyempurnaan jenazah kita untuk dikebumikan. Seandainya kita dapat merasai tanda-tanda kematian kita, maka sempatlah pula kita berpesan atau berwasiat kepada anak, isteri atau suami, serta sanak saudara yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya nanti. Semua tanda-tanda kematian ini diberikan Allah kepada umat Islam, terutama golongan mukminin, manakala orang-orang kafir dan yang mengingkari perintah Allah semasa hayatnya akan direntap rohnya dengan kasar tanpa sebarang peringatan atau tanda-tanda, sesuai dengan kekufuran mereka terhadap kekuasaan Allah s.w.t.
 

Rasulullah s.aw. di saat akhir kewafatan baginda, mampu menceritakan kesukaran menghadapi sakaratul maut, dari awal hinggalah berakhirnya hayat baginda. Baginda menceritakan bagaimana malaikat Izrail menangis kesedihan kerana tidak sanggup memisahkan roh dari jasad baginda serta tidak sanggup pula melihat baginda kesakitan sewaktu perjalanan roh baginda ditarik keluar dari jasad, sedangkan Allah telah memerintahkan malaikat Izrail menarik roh baginda dengan cara yang paling lembut di antara hambaNya yang lain. Imam Ghazali pula diriwayatkan memperolehi tanda-tanda kematian beliau sehingga beliau sempat melakukan sendiri sebahagian besar persiapan menghadapi sakaratul maut. Beliau dikatakan dapat memandikan, mewudukkan dan mengkafankan diri beliau sendiri sehinggalah apabila perjalanan rohnya telah sampai ke bahagian kepalanya, beliau terpaksa meminta bantuan abangnya Imam Ahmad Hambali untuk menyambung penyempurnaan jenazah beliau.
 
Sesungguhnya tanda-tanda kematian itu berlaku dalam beberapa peringkat:
 


Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 
Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 
Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam... 

>> for Naslive Pages <<

4 comments:

  1. Imam Ghazali ke yg bagitau ni?

    ReplyDelete
  2. erm tanda2 ni sy ada dah rasa, tp xtau tanda kematian atau tdk, ckup menakutkan.. Harap2x x btl la tanda ni, klu btl apa boleh sy buat, nk mengadu kat org x boleh.. Hnya thn je la, sygnya x dpt ku lihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro. Lu hidup lagi tak skrg? Aq pn rse bnde sme cm kau dowh.

      Delete
    2. Broo. Sama la mcm gua. Tp gua da dkat stahun stengah da. N ble dikaji,gua kmungkinan trkena panick attack or anxiety disorder disebabkan takutkan sgt tanda ni. Persoalannya, lu hidup lagi tak?klau hidup, wc aq please.. aizat_wolf

      Delete

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)