Kita diajar Dinosaur adalah binatang zaman prasejarah. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya dari sudut Islam dan Sains? Adakah ianya benar-benar wujud dan hidup sezaman dengan Nabi Adam A.S. atau sebelumnya? Sebelum tu, boleh lihat dulu entri lepas yang menarik iaitu Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia. Altikel ini adalah sambungannya. Nak tahu lebih lanjut, tanpa membuang masa, jom teruskan membaca.
Adakah Dinosaur Wujud?
Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah
tempat? contohnya, negara-negara eropah? kenapa fosil-fosil itu sahaja
yang bertahan? kenapa yang lain semua dah jadi petroleum? Banyak
kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin
wujud, namun dinosaur belum tentu.
Semasa beberapa orang sahabat ke Petrosains, penjelasan mengapa ada
dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang
ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila
tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini
telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi
menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.
Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur pengikut
fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah
dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam
Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam
islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia
hidup sebelum zaman Nabi Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi
tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli
sains moden.
Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam?
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”(Al An'aam : 32)
Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat
tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya)
akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini
membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah
diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari
segi jasad dan kemampuan intelektual.
Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup
bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama
berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah
tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia,
manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin
manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam,
Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.(Al-Baqarah : 30)
Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi
dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan
Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”(Al-Baqarah : 164)
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”(Luqman : 10).
Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga
dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah
binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat
saat ini.
Dinosaur Hidup Semasa Zaman Nabi Adam?
Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan
haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai
bertubuh sangat besar dan tinggi.
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”(Asy-Syura : 11)
Menurut hadits Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Adam
memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta (kurang lebih 27,432
meter). Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan
Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”
Sedangkan mengikut kajian saintifik yang telah di lakukan, mamalia
seperti binatang ternak yang diternak oleh Habil seperti kambing tidak
wujud lagi dan pokok-pokok yang hidup di zaman dinosaur tidak mungkin
digunakan sebagai bercucuk tanam. Juga cerita tentang Qabil yang
membunuh Habil, dan pada masa itu Qabil telah di tunjukkan oleh Allah
SWT bagaimana burung gagak menanam burung gagak yang lain.
Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur?
Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang
lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah
sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman
dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang
dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian
saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam
Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi
kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.
Kesimpulan
Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Wallahu`alam..
Disediakan oleh:
Prof. MadER
anadinmu@yahoo.com
Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Wallahu`alam..
Disediakan oleh:
Prof. MadER
anadinmu@yahoo.com
[Sumber]
>> Naslive Pages <<

Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri. Saudara, Dinosaur memang wujud. Buktinya, baru2 ini dijumpai di Thailand dan Malaysia ingin membuat kajian kot2 ada terdapat di Malaysia sbb malaysia mempunyai hutan dan pulau tertua di dunia. Hutan Pahang dan Pulau Borneo.
Dinosaur terbukti hidup sblm zaman nabi Adam A.S
Begini Mula2 Allah Ciptakan Binatang Melata. Selepas Itu Allah ciptakan makhluk hebat pemikirannya iaitu Jin. Selepas Itu Barulah Manusia. Yang Special About kehidupan manusia ialah kita tinggal dgn Binatang Dan Juga Jin.
Pulau Borneo Mempuntai byk petroleum. Brunei,Miri Sarawak,Kalimantan Barat,timur,utaa dan selatan. Semuanya ada sbb itu jika sarawak dan kalimantan keluar dari malaysia dan indonesia mungkin akan menyebabkan harga minyak di kedua negara ini menngkat naik kerana keluaran minyak sekarang walaupun kita pengeluar terbayank namun harga minyak tempatan masih lagi mahal.
Namun oleh kerana terlalu byk petroleum dikwasan ini maka ia pun tidak lari dgn penemuan tumbuhan pelik2 spt periuk kera,rafflesia,dabir dan hutan2 tebal.
w'salam..trima kasih atas info saudara yg amat brguna..slamat hari raya
DeleteSalam kesejahteran, semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan kepada kita semua. Wahai sahabat sekelian. Ingatlah, apabila kita mendapat sesuatu perkara atau berita, maka kita jangan terus percaya. Terutama sekali dari yang bukan Islam. Banyak berita atau perkara yang mereka sampaikan banyaknya untuk kita 'masuk kelubang biawak bersama mereka'. Ini semua untuk melengah-lengahkan kita daripada tujuan manusia diciptakan. Kalau ini sangat penting bagi kita umat Nabi Muhammad SAW nescaya Nabi Muhammad SAW akan menyatakan. Dalam hadits Nabi Muhammad SAW bersabda mohon perlindungan dari syaitan, dari dajjal dan dari musuh-musuh Allah SWT bukan Dinosaur. Khutbah Akhir Nabi Muhammad SAW, syaitan dah gagal perkara besar, ia akan cuba perkara yang kecil @remeh temeh. Rukun Iman : Percaya Kepada Allah. Percaya Kepada Rasul dan lain-lainya. Percayalah sungguh pada Nabi Muhammad SAW. Baginda Nabi kita, kita umat baginda. Manusia dicipta menjadi khalifah, mengabdikan diri kepada Allah SWT mengikut landasan Al Quran dan mengikut cara Sunnah Nabi Muhammad SAW. Maklum.
ReplyDeleteMenarik untuk difikirkan
ReplyDelete