REDMOND, Washington 3 Sept. - Microsoft Corp. akan membeli perniagaan
Nokia Corp. yang membolehkan syarikat itu turut memiliki hak paten
Nokia bernilai AS$7.2 bilion (RM23.04 bilion). Pembelian itu merupakan usaha Microsoft untuk meluaskan penguasaannya dalam pasaran telefon pintar global.
Microsoft dalam kenyataannya pada lewat semalam berkata, syarikat
akan membayar AS$5 bilion (RM16 bilion) untuk unit Nokia yang
mengeluarkan telefon bimbit termasuklah telefon pintar Lumia menggunakan
perisian Windows.
Microsoft juga akan membayar AS$2.2 bilion (RM7.04 bilion) untuk
lesen bagi menggunakan paten Nokia selama 10 tahun dengan pilihan untuk
menyambung semula lesen tersebut selepas tempoh itu.
''Kami amat teruja dengan cadangan untuk mengeluarkan telefon bimbit terbaik hasil bersama antara Microsoft dan Nokia,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer dalam satu memo kepada kakitangannya. ''Kami memiliki bakat yang hebat, teknologi dan harta intelektual (IP),'' katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama antara Microsoft dan
Nokia, pembelian itu akan menawarkan peluang untuk Microsoft meluaskan
perkhidmatannya di seluruh dunia dengan menjadikan Nokia sebagai telefon
Windows.
Microsoft berkata, pihaknya akan mendapatkan tunai daripada sumber luar negara bagi membiayai urusniaga tersebut. Urusniaga tersebut yang dijangka selesai pada awal 2014 akan
menyaksikan lebih kurang 32,000 pekerja Nokia dipindahkan ke Microsoft. -
AGENSI
P/s : Microsoft Sah Beli Nokia, Adakah Ia Bakal Menjadi NoSoft atau Mikia?
>> Naslive Pages <<
No comments:
Post a Comment
Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)