Friday 10 August 2012

Antara Malam Lailatul Qadar Dan Tandanya

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling ditunggu-tunggukan pada bulan Ramadhan. Malam yang penuh keberkatan. Kerana Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan serta keberkatan kepada mereka yang beramal dengan khusyuk, penuh ikhlas. Oleh itu 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa. 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Pendapat Ulama – Malam Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatul Qadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatul Qadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatul qadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah Malam Lailatul Qadar

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatul qadar.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

(Sumber)


Nas : Baru-baru ni ada dengar ceramah dari ustaz. Dia kata 'sempena bulan puasa ni, biarlah kita bermanja dengan Allah. Jangan dok asyik bermanja dengan awek dan boyfriend je! hehe..(sape rasa pedas,dia makan cili) Mintalah apa sahaja yang kita inginkan. Insya'Allah akan diterima. Jangan minta yang tidak baik sudahla seperti memburukkan rakan2.' Haha..rasa cam pelik je pantun kat atas nih..pose2 dok sebut pasal makan pulak..aish! Jom tengok Sejarah Malam Lailatul Qadar.

No comments:

Post a Comment

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)