Thursday 6 September 2012

Neil Armstrong Peluk Islam Cerita Palsu?

Neil Armstrong sudahpun meninggal dunia pada usian 82 tahun pada tanggal 25 Ogos 2012. Namun kisahnya masih hangat diperkatakan. Antaranya mengenai Cerita Sebenar di Sebalik Pendaratan Dibulan, samada ianya rekaan Amerika Syarikat (AS) atau sebaliknya. Begitu juga dengan kisah pengIslaman Neil Armstrong, samada benar atau tidak? Berdasarkan beberapa sumber berita, mendiang dipercayai meninggal akibat komplikasi dari pembedahan jantung.
Menyebut mengenai kisah Neil Armstrong memeluk Islam, pastinya ramai yang masih tertanya-tanya mengenai status agama Neil Armstrong. Apatah lagi banyak tersebar mengenai kisah pengislamannya dalam media massa dan sebagainya sejak berpuluh tahun yang lepas. Namun demikian, masih belum ada bukti kukuh mengenai perkara berkenaan. Adakah beliau benar-benar memeluk agama Islam atau kisah pengislamannya itu sudah ditutup oleh pihak yang ‘berkenaan’?





Cara Mudah Buat Duit
Ada juga yang mengatakan cerita pengislaman Neil Armstrong hanya cerita karut dan hanya rekaan pihak yang sengaja mencetuskan spekulasi. Sehinggakan ada kenyataan dari pembantu kepada mendiang yang bernama Vivian White, yang mengeluarkan kenyataan bahawa artikel pengislaman Neil Armstrong hanyalah cerita karut dan beliau menafikannya.

Apapun, kontroversi mengenai orang ‘bersejarah’ ini pastinya akan berterusan. Kebenaran mengenai ceritanya juga semakin sukar untuk diperjelaskan. Benar atau tidak mengenai cerita mendiang memeluk agama Islam, sudah tentu akan menjadi tanda tanya sepanjang zaman. Itu sudah tentu urusannya dengan tuhan.

No comments:

Post a Comment

Jom support entri and blog nie dengan tinggalkan komen korang.. (^_^)